28 Hari Bulan 10 Tahun 2009, dengan seperti biasa, saya bangun tidur jam tepat pukul 0620. Saya mengambil 5 minit untuk berehat seketika di atas katilku, tanpa sedari, saya tertidur semula. Saya bangun balik dan jam telah pukul 0715. Ya ALLAH ya TUHANKU, kelas saya bermula pukul 0730 dan saya baru bangun, tambahan pula saya tinggal di Kamunting dan jalan amat sesak pada waktu ini.
Saya telah terlepas bas sekolah yang biasanya sampai di depan rumahku pada jam pukul 0700. Saya terpaksa lari dari rumahku menuju ke perhentian bas awam dalam kira-kira 1.3kilometer. Dalam perjalanan saya berlari, anjing liar yang berkeliaran di taman saya mula menyalak dan tanpaku perduli, saya terus berlari kerana saya telah lewat ke sekolah.

Anjing yang berkeliaran di situ mula menhampiriku dan yalakan ai semakin garang. 2 ekor anjing yang garang itu mengejarku dan saya berlari dengan sepantas yang mungkin. Tiba-tiba saya terasa kakiku amat sakit seperti digigit ratusan anai-anai. Saya pandang ke arah bawah untuk melihat apa yang terjadi atas kakiku.
Saya ternampak seluar panjangku terkoyak dan darah yang banyak mula mengalir keluar. Saya melihat kakiku dengan jelas, ternampak luka yang amat dalam pada kesan darah.
Mula-mula saya ingat itu adalah gigitan anjing yang garang itu, tapi lihat dengan jelas, itu bukannya kesan gigitan. Saya mula fikir balik, luka ini mungkin disebabkan oleh paku yang terkeluar dipapan titi yang saya menyeberang parit di tamanku.Saya tidak dapat lari dan saya mula berjalan ke perhentian bas awam. Dengan biasa, bas akan sampai setiap 5 minit, tapi saya telah menunggu selama 20 minit tiada bas lagi. Saya terdengar pak cik yang menunggang motosikal memberitahu kawannya yang sedang menunggu bas bahawa sebuah bas kilang telah babas dan itu menyebabkan kenderaan dibelakang tidak dapat jalan.

Tanpa menunggu, saya meminta tolong daripada pak cik itu agar dapat menhantarku ke sekolah. Dia memberitahu saya bahawa dia tidak mempunyai topi keledar yang banyak. Tapi dia melihat keadaan saya, dia mengambil risiko dan menhantar saya ke sekolah tanpa topi keledar. Ini telah melanggari undang-undang di atas jalan raya.
Dalam perjalanan kira-kira 8 minit, saya terdengar bunyi "BomB"! dan motosikal yang kami tunggang mula membelok ke kiri dan kanan dan tidak dapat dikawal. Pak Cik itu memijak brek dan berhenti di tepi jalan.Alamak!!! Tayar motosikal itu telah pancik. Pak cik itu tidak mahu lepaskan saya kerana dia mahu menuntut pampasan daripada saya. (Already around 400words but my day still in da morning and haven't reach school also.LOLXXX). Duit yang saya bawa untuk membeli buku teks telah beri kepada pak cik itu. Saya mula berjalan kaki ke sekolah dalam kira kira 800 meter jauhnya.
Pada waktu saya sampai ke sekolah, jam telah pukul 0815. Cikgu meminta saya untuk menjelaskan kepada dia atas sebab saya lewat ke sekolah. Walaupun saya telah memberi alasan, tetapi cikgu anggap alasan itu tidak munasabah dan telah merotan saya. Kaki yang darah sudah cukup sakit, tambah lagi rotan ke atas punggungku.
Dengan kaki yang tempang, saya berjalan dengan berhati-hati ketika menurun tangga untuk ke kantin membeli makanan. Saya terseliuh kakiku semasa menurun tangga dan saya telah jatuh dari tangga tingkat satu
dan dengan amat mengejutkan saya adalah, saya terdengar bunyi jam loceng bilik katilku dan baru saya sedar bahawa saya telah mimpi.
Tetapi, jam loceng saya telah tepat pukul jam 0715, sama dengan mimpiku tadi. Walaubagaimanapun, hidup tetap hidup(Direct translate of "life is life"), tidak perlu perduli nasib baik ataupun malang, kerana ini bukannya sesuatu yang dapat dikawal oleh manusia seperti kita.Bahasa Melayu nD



0 comments:
Post a Comment